Monday 19 February 2018

PASSPORT ADA TAPI HOLIDAY CANCEL PULA !!

Assalamualaikum engkorang semua. Lamanya cuti kan. Tuesday blues la pada yang dah bekerja hari ni macam aku. 
Korang kemana cuti CNY lepas? Bercuti ke pulau ke? wah bestnya. Kita actually kena rancang jadual dan percutian kita. Macam aku sendiri, aku dah review dah kelender sampai bulan April. 
ni gambar google tau. Pinjam
Kenapa dan tips plan dan rancang?

  • Senang nak apply cuti. Contohnya kalau public holiday jatuh Selasa, so boleh bercuti dari Sabtu, Ahad tapi Isnin kita boleh apply cuti. So, takdelah kelang kabut nak apply cuti last minit kan.
  • Bila plan atau rancang perjalanan awal, kita dah ada masa untuk tengok atau review apa yang menarik contohnya makan atau tempat best. Lagi lagi kalau kita nak ke pulau atau oversea jauh tu. Kena buat sedikit study dan review, takkan nak main redah je kan.
  • Set bajet. Ini paling penting, bila set awal, kita dapat susun bajet kita lagi lagi kalau pergi dengan family besar. Pada yang baru berkahwin dan bercadang untuk honeymoon, tips penting yang korang kena tau ni, bajet sangat penting ye. jangan kat tempat kita sibuk nak cari bank lah, itu lah ini lah. Pada yang terbang jauh, awal-awal tukar duit ye. itulah gunanya perancangan awal, review nilai mata wang, tukar masa sesuai. Jangan semua nak last minit ye kawan kawan.
  • Elakkan jammed. Lagi lagi bila perjalan itu jatuh pada cuti awam yang pastinya kereta rakyat malaysia sangat banyak, akan keluar memnuhi lebuhraya. masa tu stress depress semua akan menghantui. Elakkan perjalan melibatkan CUTI AWAM / public holiday.
  • Tempah hotel dan pengangkutan. Agoda, Trivago semua ada setakan medium tempahan hotel. Bila kita plan nak pergi cuti jauh, kita mesti naik flight, so itulah guna plan awal. Tiket flight makin murah bila tarikh tu lagi lama ari tarikh kita nak booking tu. Misal kata kita akan ke Indonesia bulan 3 tahun 2021, so akhir tahin 2019 dah boleh booking. Tambahan bila ada promotion memang terbaik waktu tu korang terjah laman web berkaitan. Satu tips, review tiket waktu pagi pagi buuta dalam 3 pagi camtu, then pastikan clear search engine korang samada laptop atau phone. Nanti harga baru akan keluar since korang clear macam korang tak pernah buka dan review.
  • Buat checklist untuk barang atau dokumen penting untuk dibawa. Senang nanti waktu mengemas atau persiapan, just ikut list sahaja, tak perlu ingat lagi atau fikirkan apa yang tertinggal. Antara perkara penting macam passport (renew ye) untuk yang terbang jauh, tiket flight dan lain lain lah. Plan awal kawan kawan !!
  • Bila dah plan awal, ambil cuti, so tak perlu fikir banyak. Stay cool dan tunggu tarikh sampai.  
Akhir kalam, kalau boleh rancang percutian atau hari cuti anda setahun sebelum, dapatkan kelender online sekarang semua ada, tinggal nak cari sahaja. Semoga bermanfaat lah ye.
actually aku dah gagal dalam percutian aku kali ini atas beberapa faktor, antaranya aku terlepas pandang part jalan sesak tu. Syukur aku cancel, takdelah aku stuck sesak jemmed sampai 6 jam lamanya. fuhhh
so lepas ni aku akan pastikan aku dan husband plan molek untuk next trip, kami belum honeymoon. hehehe. Bye

No comments:

Post a Comment