Thursday 1 February 2018

HOT POT KING, pasti kenyang 2 hari !!

Assalamualaikum silent reader semua, eh korang jangan lupe tinggal link blog, fb atau ig korang kat chat box tu ye. 
Kali ni aku sharekan kat korang lokasi #looicarimakan yang memang recommend sangat terutama pada pencipta seafood. Memang lokasi ni dah viral lama tapi aku nak kongsikan lagi review aku sendiri. Actually aku dah 3 kali ke sini dan akan repeat lagi nanti.
HOT POT KING !!!
Lokasi: B-G-1, PUSAT KOMERSIAL JALAN KUCHING, JALAN KEPAYANG OFF JALAN KUCHING, KUALA LUMPUR
Actually banyak branch/outlet kedai ni tapi yang paling dekat dengan area KL ialah kat Jalan Kuching ni. Masa buka dari 1.00 petang smpai la 11.30 malam, makan lah korang sampai kembung.
Apa yang best?
Konsep HOT POT KING ni macam buffet sikit. Tapi yang dihidangkan ialah seafood yang masih mentah dengan pelbagai perasa atau perapan contohnya macam ayam lada hitam, ayam kunyit, kambing, sotong, segala jenis lala dan kepah, macam macam lah. Ada juga yang frozen tu macam ketam dan fishball dan pelbagai mee. So korang nak grill atau nak celup dalam steambot tu terpulang pada tekak korang sendiri.
Tambahan, ada juga 3 ke 4 jenis air,paling best kalau untuk yang bawa kanak-kanak, ada ice cream, dan juga ada buah-buahan. Lengkap semuanya.
Steamboat yang mereka sediakan pon best, ada 2 perasa, sup biasa atau tomyam, kami selalu ambil tomyam at least ada pedas kan. Nah aku share kan konsep steamboat & grill. In short, THE BEST lah!!
Tapi korang kena pastikan perut korang kosong ye. Hehehe. Aku juga nak share kan tips untuk yang nak makan buffet ni, bayar mahal mahal tapi makan sikit je, rugi kan, so here some tips :
  • Kalau boleh, pergi selepas jam 2 petang, macam kami selalu gerak jam 3 petang & stay sana smpai 5 lebih.
  • Pastikan sarapan jangan terlalu berat, dan ambil sarapan sebelum 10.00pagi
  • Makan baca bismillah dan kunyah perlahan lah
  • Jangan gopoh sangat bila Nampak macam-macam makanan sebab MAKANAN TU TAK LARI dik non
  • Paling penting, ambil makan sedikit dulu, sebab nanti boleh tambah lagi kan. So take it easy, jangan gopoh.
 Serious talk, kalau ikut tips ni, insyaAllah boleh bertahan lama kat situ. Macam aku dan suami, kami stay kat situ more than 1 hour, yang baru dating dah balik pon kami still di sana. Setiap 100gm makanan yang diambil tapi tak makan akan dikenakan charge RM10 ye. So, bajet dan jimatlah.
Harga? Hanya kalau hari biasa dalam RM29 but aku tak pasti sebab ghairah tuju ke makanan je. Hehe tapi macam aku pergi baru-baru ni adalah cuti hari Wilayah so jatuh harga RM31 camtu harga round dalam RM32/head. So oklah kan, Hanya less than RM 50/head, ada air, aiskrim semua lah. Hehehe.
OKlah selamat menjamu selera,nak aku kongsikan FB HOT POT KING.

Jumpa lagi lain entry, Bye

3 comments: