Tuesday 26 December 2017

MAKAN: SHELL OUT @ Kg Baru KL

Assalamualaikum, jumpa lagi,
Eh korang lapar tak? Pagi pagi ni kene ambil sarapan dulu, sarapan penting tapi jangan lebih muatan ye, cukup sekadar menampung perut lapar. Untuk yang berdiet, sarapan penting tau. Ok straight to the point. Aku nak review satu lokasi MAKAN MAKAN TERBAIK area KL.
Siapa tak kenal KAMPUNG BARU,KL?? Siapa tak kenal tak cinta maka akan rugi masa muda kamu. Hehehe
Aku dan suami memang giler kentang kalau makan. Ade je lokasi baru makan kami. Sekarang trend SHELL OUT kan, jadi kami review tempat terbaik untuk bershell out dengan kawan sahabat pakwe makwe atau family tercinta.
Kat google, boleh cari SHELL OUT KAMPUNG BARU sebab memang terkenal dan dah ramai orang share. Mana taknya, masa aku dating, betul betul lepas maghrib, tempat memang terhad, parking apatah lagi, kalau kami lambat sikit, pasti kene menunggu meja kosong, syukur kami awal.
LOKASI: KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR (google je pasti jumpa)
HARGA; PALING MURAH SATU SET RM38
Bukan ada shell out sahaja, semua jenis masakan ada dari western pun ada. Kira macam one stop center, foodcourt gitu. Satu je yang kureng, parking, kalau lambat sikit memang parking agak payah, tapi jangan risau sebab ada abang baik hati yang jaga dan kalau ada kereta yang terhalang, mereka akan announce macam kat kenduri kahwin tu. Hehehe
Pilihan kuah pon ada berbagai, macam aku pilih, Thai Spicy dan campur Butter gravy, memang perut takde ruang dah, sedap sampai cengkerang kerang, lala ketam semua dijilat kering, Hehehe. Untuk yang minat butter, boleh pilih Butter gravy dan pada yang spicy lover, boleh pilih Thai gravy tu. Butter tu agak muak sebab tu kami campur, atleast boleh rasa both flavor kan.
Dari 10 bintang, aku bagi 8.5 bintang dari all aspect. Sambil menaip ni pun terliur terbayang ketam. Haa…. Satu lagi, saiz sotong die besar weeyyy, boleh 2 kali suap, udang banyak juga lebih kurang 4 ekor, besar pula tu. Memang PUAS HATI. Kelibat daun pisang menyedapkan lagi rasa dan nasi tu. Haihs, banyak review tak guna, korang kene terjah sendiri baru rasa dan takkan menyesal.
Pendapat aku, shell out punya konsep ni lebih kurang dengan makan dalam talam atau dulang. Makan berdulang adalah sunnah Nabi tau, makan beramaia berkongsi beberapa jenis masakan dalam satu talam, sebenarnya merapatkan hubungan dan mengeratkan lagi persaudaraan either family, suami isteri dan kawan kawan. Dapat pahala ikut sunnah kan.
Oklah, jumpa lagi next post. Banyak lagi lokasi makan yang aku akan review. Tunggu.

Bye

Wednesday 20 December 2017

2H 1M: MELAKA

Assalamualaikum
Penatnya badan, baru jalan dalam Malaysia je dik non. Sabtu yang lepas aku & family terbang ke Melaka negeri bersejarah. Kami kesana 2 hari 1 malam dan aktiviti yang padat buat kami sangat teruja.
Bajet? Memang terbaik, berpatututan semuanya. Ok, aku akan review kan lokasi dan aktiviti yang kami lakukan kat sana.

HARI 1
Kami bertolak lepas Zohor sabtu lepas, dan perjalanan lebih kurang 3 jam sampai je kami teru smelutu ke IKAN BAKAR PARAMESWARA di Umbai. Ikan bakar bahagian depan atau siapa yang pernah pergi, akan perasan, tempat tu dah renovate dan tempat kebiasaan kami makan danh tak menarik. Sebab tu kami terus ke belakang dan lokasi berdekatan muara dan ada pemandangan yang menarik. Ppilihan terbaik IKAN BAKAR PARAMESWARA. Lokasi strategic, semua kemudahan macam tandas, surau tersedia dan paling best meja makan yang sangat banyak boleh memuatkan lebih dari 100 pelanggan dalam satu masa.
Ikan yang segar buat kami layan sampai tanpa sedar perut senak. Hehehe. Antara menu pilihan, UDANG BUTTER, PARI BAKAR SAMBAL, TALAPIA BAKAR, KERANG BAKAR & MASAK SAMBAL, SOTONG TEPUNG & kuah tomyam.

 
Kepada awak yang kaki selfie boleh berselfie sebab pemandangan cantik sangat !!

Next kami teruskan perjalanan ke Ayer Keroh sebab aku dah booked hotel D’VILLAGE RESORT. Terbaik !!!
Aku dapat murah sebab booked kat Agoda tapi memang dah  murah harga bilik semua. Ada pilihan CHALLET atau MOTEL. MEmang selalu penuh, kena booking seminggu awal ye awak awak sekalian. Hotel yang kami dapat ada pakej sekali dengan SARAPAN. SO, hentam lah sarapan kaw kaw esoknya.
Malam tu, kami teruskan aktiviti ke NIGHT SAFARI betul betul sebelah hotel kami. Terbaik sebab dapat tengok show dan ilmu tentang haiwan buas macam harimau dan buaya. KAlu pergi siang, harimau mostly akan tidur sebab mereka aktif waktu malam. Bagus kalau bawa anak anak boleh timba ilmu dan tengok live haiwan haiwan tu.

HARI 2
Sarapan kami adalah dalam pakej hotel sekali. Untuk yang bawa anak anak, jangan risau, lokasi sarpan berhadapan dengan kolam mandi. Kolam mandi luas berhadapan dengan bilik chalet. Lepas makan, terjun !!
Selesai bersarapan, kami check out dan meneruskan perjalanan ke Dusun Durian Heng Melaka, durian terbaik. Memang agak  mahal tapi rasa dan kualiti memang terangkat. Semua jenis durian ada beb…! Lokasi lebih kurang 20 minit dari Ayer Keroh iaitu di Bemban, tapi jauh mana pun, DURIAN terbaik !!
Kami terus ke Bandar Hilir dan perjalanan ambil masa lebih dari 2 jam !! mungkin sebab cuti sekolah dan hari Ahad so ramai berpusu ke sana. Apa tarikan kat Bandar Hilir?
Sungai Melaka ada cruise, ala ala obersea gituww. Harga sekepala adalah RM17 tak silap aku. Ada muzium kapal. Sekali masuk hanya Rm5 dan boleh masuk muzium Kapal fasa 1 (kapal besar), fasa 2 dan Muzium Tentera.
Then ada Menara Taming Sari yang baru tu. Best dan harga hanya RM17 seingat aku. Tak lah mahal sangat. Nice experience and you should try tau. Kami dah cukup penat sampai tak larat nak melawat Kota A FAmosa dan gereja tu. Tapi yang best lagi, beca kat sana ! kenapa? Sebab dengan teknologi sekarang, macam2 musik boleh dengar dan semuanya dihias cantik macambeca hello kitty, beca boboi boy semua la.
ni gambar yang sempat aku snap dari atas Menara taming sari tu

Ni aku bagi link laman web tempat akau lawati yang aku rasa memang terbaik !! Melaka the best weyyy!!
DURIAN HENG

oklah, cukup setakat ni perkongsian aku, nanti aku akan post lagi ye. Harap taklah bosan melayan nukilan aku ni ye. Jumpa lagi !!

Friday 15 December 2017

Aku kembali !!

Hye Assalamualaikum !
Akhirnya publish juga blog simple aku ni. Memandangkan aku punya masa yang sangat terhad, ini sahaja buat masa ni yang aku boleh update. Dah banyak kali sebenarnya aku teringin nak re-publish blogspot aku yang dulu tapi disebabkan aku dah DELETE semua memori dalam tu, termasuk semua penulisan aku, aku terpaksa build up new blogspot untuk aku meluahkan lagi penulisan dan perkongsian.
Kali ini, sememangnya perkongsian aku sangat berbeza, sebab aku dah bertukar status menjadi SEORANG ISTERI MITHALI. Ceyhhh. Aku akan kongsikan pengalaman aku dalam urusan pernikahan dan majlis aku nanti di post seterusnya ya.

Kenapa dulu aku DELETE blog aku yang telah pon lebih dari 1k follower? Kenapa?
Actually, blog itu dah 5 tahun dibina dan ada hampir dalam 1k follower and kat situ juga aku berkenalan dengan blogger hebat. Sebab apa aku delete? kenangan dalam post aku semuanya adalah memori yang patut dibuang dan dilupuskan memandang insan yang aku cinta masa tu dah kembali ke rahmatullah. Alfatihah kepada beliau..
Dan antara sebab lain adalah, aku rasa blog aku masa tu mengarut dan nonsense. Biasalah budak baru nak up, entah apa kemencarutan aku masa tu. Aku tak sempat and tak fikir pon idea nak tulis, just masa tu, bila buka blog terus post apa saja yang aku rasa atau aku alami waktu tu. Pendek kata, macam takde objektif.

Lagipun masa tu aku baru dapat sambung belajar dan tak ada masa update, jadi dari bersawang, aku hapuskan terus semua dalam tu.
Iye aku tau, susah nak gain follower baru tapi aku terima, dan aku menulis bukan untuk capai follower ramai tapi hanya sekadar perkongsian dan sedikit info yang mana aku boleh kongsikan.

Setelah aku men-DELETE blog aku yang kononnya aku blogger tersohor masa tu, ada cubaan wujudkan blog dan pelbagai medium penulisan macam Wix dan wordpress tapi KEHEBATAN blogspot ni memang aku tak nafikan. Aku memang dah terbiasa dengan blogspot dan kalau guna medium lain rasa memang ade kureng. Lebih dari 5 kali percubaan aku wujudkan blog, and dah pun guna pelbagai email untuk create new blogspot tapi semua tu gagal sebab kekangan masa dan idea. Almaklum, 2 ke 3 tahun kebelakang ni sangat berat perit and susah untuk aku. But know, aku ok sikit sebab dah ade MY LOVELY HUSBAND yang banyak bimbing and nasihat aku. =P

Harap permulaan aku kali ini menjadilah, jangan hangat tahi ayam je kan. InsyaAllah seminggu 2 ke 3 post aku akan kongsikan.

Banyak perkara yang aku nak kongsikan untuk maybe as nasihat atau pedoman korang yang rajin singgah ni.
Jumpa post akan datang !