Friday 2 February 2018

DEKORASI BILIK DENGAN HANYA KURANG RM100 !!

Assalamualaikum chuoollss, again by this week, here my second post. Kali ni aku kongsikan sedikit tips “renovate” kamar beradu korang. Kos rendah punya renovation aku kongsikan dan harap korang sudi lah layan penulisan aku ni. 
Actually bilik korang adalah tempat privasi yang korang kene ambil kesah. Dari segi susun atur dan dekorasi. Memang saiz bilik korang ada yang kecil, besar, tapi saiz tak penting, yang utama ialah 2 point tadi sebab kita akan berada dalam bilik masa tidur which mood sebelum tidur tu adalah sebuah ketenangan dan bila korang sedih atau ada problem mesti korang akan masuk bilik kan, so that room is main area for mood transaction. Kalau bilik kecil tapi sepah sana sini, jadi makin stress. Dah tau bilik kecil, apakata dekorasi baik baik untuk masukkan aura positive tu. Take time sebab tak rugi pon. Boleh luahakn idea kreativiti korang pada bilik. Kalau mak atau orang masuk tengok, sejuk je hati, kene puji lagi. Kan kan,
Gambar dari Google
So, aku bajet kat sini less than RM100, lets see what we can get with that & aku kongsikan juga apa yang aku dah buat untuk bilik aku dan macamana nak naikkan mood happy dalam bilik.

  • Konsep DIY memang aku paling suka, macam idea boleh buat customize atau boleh tengok contoh dalam Pinterest, We heart it atau google je dekorasi bilik, pammmm segala bagai idea keluar.
  • Gunakan barang terpakai macam kotak, wyre, atau apa sahaja benda relevan yang boleh dihias. TAPI jangan over, nanti bilik sempit Nampak lagi sempit, kena pandai guna pakai.
  • Aku gunakan kotak untuk ganti ruangan laci yang roboh, kotak kutip, pembalut RM1/pcs, memang jimat.
Before !
After 
  • Beli barang second hand untuk penjimatan extra. Aku pernah kongsikan entry yang aku pergi ke JJJ a.k.a JALAN JALAN JEPUN di One Shamelin. Aku ada beli frame gambar vintage berharga RM3/pcs. Bagi aku tak perlulah ke IKEA atau store mahal yang lari bajet, boleh je gunakan barang secondhand atau preloved dan gunakan dengan baik. Memang Nampak baru. Macam mahal je kan. Nak ni link entry pasal JJJ tu - JOM JALAN JALAN JEPUN
frame tu semua aku beli kat JJJ dan quotes tu aku print je 
  • Konsep QUOTES dalam bilik juga boleh naikkan aura positive sebab kita akan sentiasa baca dan akan sematkan dalam otak. Gunakan quotes atau ayat Quran atau sabda Nabi atau apa sahaja kata positive diri. Print dan letak di frame atau korang boleh customize apa cara sekalipon.
  • Jangan lupa amalkan ayat quran dalam bilik. InsyaAllah bilik jadi terang dan aman. Bukan setakat tampal frame besar, tapi solat dan amalkan baca Alquran ye. Pahala dik non..
  • Bau bauan yang wangi. Gunakan lilin wangi atau minyak wangi yang jenis timer tu, takkan nak biar bilik bau baju busuk atau kepam atau bau ketiak ke kan. Hehehe. Bau bauan juga menaikkan aura positive lagi lagi bau bunga bungaan.
  • Warna cat, yang ini agak rumit sebab maybe kene tukar cat tapi cara mudah ialah tampal wallpaper atau border. Ingat jangan yang terlalu meriah lagi lagi untuk bilik kecil, lagi sempit nanti.
  • Nak ruang Nampak luas dan tersusun? Cermin besar. Kat DIY pon ada jual cermin besar dengan harga mampu bilik, atau macam aku, aku letak 2 3 bingkai cermin dalam bilik, so that certain ruang akan Nampak besar, kita guna bajet kecil pun boleh dekorasi dik non.
  • Susun atau organizer, wanita zaman sekarang ni hantu make up termasuk aku, so aku DIY kan sahaja organizer aku, contohnya beli di Daiso organizer RM5, gunakan jar kaca terpakai untuk brushes, kotak untuk susun atur pallet dan mangkuk unutk letak pin tudung atau brooch yang bakal lenyap selepas 2 hari, heheh. Hijabista problem kan..heheh.
  • LABEL kan almari biar Nampak lebih tersusun. Ruangan baju lengan panjang, lengan pendek, seluar dan lain lain. So that tak perlu assemble semua untuk cari baju yang korang nak, at least kurang masa mengemas semula. Tambahlah sedikit quotes atau apa sahaja pada organizer atau wardrobe tu, macam ruangan shawl atau hijab, letakkan sabda menutup aurat. Niat menutup aurat kita kekal je. Hehehhe
Semua tips atau cadangan aku dah buat ni adalah cara jimat sebab takkan asyik nak beli baru je kan, so that, kita DIY, jimat dan kalau boleh cari kedai murah yang ada jual barang konon mahal. Tapi kalau adik akak ada duit lebih, boleh ke IKEA sebab sana pon banyak dokorasi dan barang yang cantik  juga. Semoga idea ni membantu korang guna pakai nak susn atur bilik korang.
Selamat mengemas dihujung minggu. Hehhe. Bye



No comments:

Post a Comment