Monday 19 February 2018

PASSPORT ADA TAPI HOLIDAY CANCEL PULA !!

Assalamualaikum engkorang semua. Lamanya cuti kan. Tuesday blues la pada yang dah bekerja hari ni macam aku. 
Korang kemana cuti CNY lepas? Bercuti ke pulau ke? wah bestnya. Kita actually kena rancang jadual dan percutian kita. Macam aku sendiri, aku dah review dah kelender sampai bulan April. 
ni gambar google tau. Pinjam
Kenapa dan tips plan dan rancang?

  • Senang nak apply cuti. Contohnya kalau public holiday jatuh Selasa, so boleh bercuti dari Sabtu, Ahad tapi Isnin kita boleh apply cuti. So, takdelah kelang kabut nak apply cuti last minit kan.
  • Bila plan atau rancang perjalanan awal, kita dah ada masa untuk tengok atau review apa yang menarik contohnya makan atau tempat best. Lagi lagi kalau kita nak ke pulau atau oversea jauh tu. Kena buat sedikit study dan review, takkan nak main redah je kan.
  • Set bajet. Ini paling penting, bila set awal, kita dapat susun bajet kita lagi lagi kalau pergi dengan family besar. Pada yang baru berkahwin dan bercadang untuk honeymoon, tips penting yang korang kena tau ni, bajet sangat penting ye. jangan kat tempat kita sibuk nak cari bank lah, itu lah ini lah. Pada yang terbang jauh, awal-awal tukar duit ye. itulah gunanya perancangan awal, review nilai mata wang, tukar masa sesuai. Jangan semua nak last minit ye kawan kawan.
  • Elakkan jammed. Lagi lagi bila perjalan itu jatuh pada cuti awam yang pastinya kereta rakyat malaysia sangat banyak, akan keluar memnuhi lebuhraya. masa tu stress depress semua akan menghantui. Elakkan perjalan melibatkan CUTI AWAM / public holiday.
  • Tempah hotel dan pengangkutan. Agoda, Trivago semua ada setakan medium tempahan hotel. Bila kita plan nak pergi cuti jauh, kita mesti naik flight, so itulah guna plan awal. Tiket flight makin murah bila tarikh tu lagi lama ari tarikh kita nak booking tu. Misal kata kita akan ke Indonesia bulan 3 tahun 2021, so akhir tahin 2019 dah boleh booking. Tambahan bila ada promotion memang terbaik waktu tu korang terjah laman web berkaitan. Satu tips, review tiket waktu pagi pagi buuta dalam 3 pagi camtu, then pastikan clear search engine korang samada laptop atau phone. Nanti harga baru akan keluar since korang clear macam korang tak pernah buka dan review.
  • Buat checklist untuk barang atau dokumen penting untuk dibawa. Senang nanti waktu mengemas atau persiapan, just ikut list sahaja, tak perlu ingat lagi atau fikirkan apa yang tertinggal. Antara perkara penting macam passport (renew ye) untuk yang terbang jauh, tiket flight dan lain lain lah. Plan awal kawan kawan !!
  • Bila dah plan awal, ambil cuti, so tak perlu fikir banyak. Stay cool dan tunggu tarikh sampai.  
Akhir kalam, kalau boleh rancang percutian atau hari cuti anda setahun sebelum, dapatkan kelender online sekarang semua ada, tinggal nak cari sahaja. Semoga bermanfaat lah ye.
actually aku dah gagal dalam percutian aku kali ini atas beberapa faktor, antaranya aku terlepas pandang part jalan sesak tu. Syukur aku cancel, takdelah aku stuck sesak jemmed sampai 6 jam lamanya. fuhhh
so lepas ni aku akan pastikan aku dan husband plan molek untuk next trip, kami belum honeymoon. hehehe. Bye

Wednesday 14 February 2018

CARA MUDAH TUNJUKKAN CINTA PADA SI DIA

Assalamualaikum semua, rindu tak? Hehehe konon femes sangat lah tu ade orang rindu.
Entry kali ni aku nak kongsikan cara nak buat sesuatu ISTIMEWA untuk cinta hati atau family korang. Yelah, selalu tak dapat jumpa, jauh, takkan nak biar hubungan suram kan, lagi lagi yang #longdistancerelationship tu, apa salahnya bagi hadiah atau surprise pada pasangan tu. Untuk mama papa ke, boleh je korang hargai jasa mereka dengan hadiah selain dari doa. Hadiah atau penghargaan bukan nak kena tunggu harijadi atau hari tertentu macam hari Ibu, hari kawan, Hari Bapa, tapi setiap hari pon kita boleh menghargai mereka yang kita sayang. Contohnya macam setiap pagi masa bangun tidur, breakfast in bed, buat memo atau kad ucapan atau mungkin boleh buat suprise macam delivery suprise macam yg tengah hot sekarang ni.
Something so call SURPRISE sebenarnya amatlah digemari semua umat manusia ni. Elemen surprise ni buat mereka rasa istimewa, dihargai, lebih disayangi, diingati. Macam macam feeling tau bila dapat tu, malu, happy sedih, terharu, semualah. Sekarang ni viral kaedah surprise delivery yang hanya hujung jari je, klik je then sampailah kiriman pada insan yang korang sayang tu. Sebut saja apa dimana siap, pasti sampai.
Macam HIKARI BLOOM ni, mereka terbaik lah dalam buat surprise delivery untuk korang. Aku je dah lebih 3 kali gunakan khidmat mereka ni almaklumlah sibuk kerja, office hour kan tak ada masa nk lari beli bunga coklat semua. So aku just online je, mereka wujud di IG dan FB juga. Mudah, hnya pilih ape yang korang nak bagi, then mereka akan hantarkan.
Bukan biasa biasa punya delivery, nama pun SURPRISE, so mereka akan terjah orang kiriman korang tu dan memang akan surprise lah, lepastu confirm repeat tiap bulan kan. Hehehhe
Antara pilihan mereka ni termasuk FRESH FLOWERS macam roses & tulip, CHOCOLATES macam Ferrero dan Cadbury, BALLONS design pelbagai & juga kek pon aa tau. Korang just pick and choose your favorite. 
Lepastu owner dia memang boleh dikatakan 24 jam dengan phone dan akan reply korang cepat, even kalau tengah drive pon dia akan ping korang tengan driving, korang trust me this owner is a pretty lady yang akan service tiptop dengan khidmat delivery dia sebab she will make sure all of her client satisfy with 10/10 stars rate tau !! im one her loyal customer and will repeat with non stop lah..!!! terbaik!!
service diorang ni bukan sahaja untuk suprise delivery, ada juga mereka sediakan hand bouquet untuk pengantin dan hiasan dulang hantaran. haish, nanti korang buka je link aku bagi tu review sendiri sebab terlalu banyak yang TERBAIK!

Do book your slot for surprise your love one. Check out them now ----- (KLIK LINK BAWAH)
Selain dari surprise, macam husband wife, boleh hari hari ungkapkan cinta tak kira masa. Jangan pernah bosan ye ungkap cinta tapi jangan lah perktaan yang sama, cuba olah supaya tak bosan. Peluk juga akan lebih eratkan cinta kasih awak awak tu. Jangan peluk pakwa makwa, peluklah SUAMI ISTERI MAMA PAPA ADIK. Tak salah, tak perlu malu. Heheh, it kinda sweet practice tau. AMARAN, belum kahwin atau adik abang akak angkat tak boleh peluk peluk ni. No no no…
banyak lagi caya nak buat pasangan atau family korang rasa dihargai, kuncinya LAKUKAN PERBEZAAN DENGAN SEDIKIT USAHA macam google something different dan kena berani buat. Aku pasti orang tu nanti akan happy sangat dan akan rasa terlalu istimewa dihati korang. 
Fikirkan bajet pula, cukup lah yang simple dan yang diingati. Tak perlu mahal sangat ye.
ok selamat mencuba, see  you soon next entry. Muah cikeddd

Friday 2 February 2018

DEKORASI BILIK DENGAN HANYA KURANG RM100 !!

Assalamualaikum chuoollss, again by this week, here my second post. Kali ni aku kongsikan sedikit tips “renovate” kamar beradu korang. Kos rendah punya renovation aku kongsikan dan harap korang sudi lah layan penulisan aku ni. 
Actually bilik korang adalah tempat privasi yang korang kene ambil kesah. Dari segi susun atur dan dekorasi. Memang saiz bilik korang ada yang kecil, besar, tapi saiz tak penting, yang utama ialah 2 point tadi sebab kita akan berada dalam bilik masa tidur which mood sebelum tidur tu adalah sebuah ketenangan dan bila korang sedih atau ada problem mesti korang akan masuk bilik kan, so that room is main area for mood transaction. Kalau bilik kecil tapi sepah sana sini, jadi makin stress. Dah tau bilik kecil, apakata dekorasi baik baik untuk masukkan aura positive tu. Take time sebab tak rugi pon. Boleh luahakn idea kreativiti korang pada bilik. Kalau mak atau orang masuk tengok, sejuk je hati, kene puji lagi. Kan kan,
Gambar dari Google
So, aku bajet kat sini less than RM100, lets see what we can get with that & aku kongsikan juga apa yang aku dah buat untuk bilik aku dan macamana nak naikkan mood happy dalam bilik.

  • Konsep DIY memang aku paling suka, macam idea boleh buat customize atau boleh tengok contoh dalam Pinterest, We heart it atau google je dekorasi bilik, pammmm segala bagai idea keluar.
  • Gunakan barang terpakai macam kotak, wyre, atau apa sahaja benda relevan yang boleh dihias. TAPI jangan over, nanti bilik sempit Nampak lagi sempit, kena pandai guna pakai.
  • Aku gunakan kotak untuk ganti ruangan laci yang roboh, kotak kutip, pembalut RM1/pcs, memang jimat.
Before !
After 
  • Beli barang second hand untuk penjimatan extra. Aku pernah kongsikan entry yang aku pergi ke JJJ a.k.a JALAN JALAN JEPUN di One Shamelin. Aku ada beli frame gambar vintage berharga RM3/pcs. Bagi aku tak perlulah ke IKEA atau store mahal yang lari bajet, boleh je gunakan barang secondhand atau preloved dan gunakan dengan baik. Memang Nampak baru. Macam mahal je kan. Nak ni link entry pasal JJJ tu - JOM JALAN JALAN JEPUN
frame tu semua aku beli kat JJJ dan quotes tu aku print je 
  • Konsep QUOTES dalam bilik juga boleh naikkan aura positive sebab kita akan sentiasa baca dan akan sematkan dalam otak. Gunakan quotes atau ayat Quran atau sabda Nabi atau apa sahaja kata positive diri. Print dan letak di frame atau korang boleh customize apa cara sekalipon.
  • Jangan lupa amalkan ayat quran dalam bilik. InsyaAllah bilik jadi terang dan aman. Bukan setakat tampal frame besar, tapi solat dan amalkan baca Alquran ye. Pahala dik non..
  • Bau bauan yang wangi. Gunakan lilin wangi atau minyak wangi yang jenis timer tu, takkan nak biar bilik bau baju busuk atau kepam atau bau ketiak ke kan. Hehehe. Bau bauan juga menaikkan aura positive lagi lagi bau bunga bungaan.
  • Warna cat, yang ini agak rumit sebab maybe kene tukar cat tapi cara mudah ialah tampal wallpaper atau border. Ingat jangan yang terlalu meriah lagi lagi untuk bilik kecil, lagi sempit nanti.
  • Nak ruang Nampak luas dan tersusun? Cermin besar. Kat DIY pon ada jual cermin besar dengan harga mampu bilik, atau macam aku, aku letak 2 3 bingkai cermin dalam bilik, so that certain ruang akan Nampak besar, kita guna bajet kecil pun boleh dekorasi dik non.
  • Susun atau organizer, wanita zaman sekarang ni hantu make up termasuk aku, so aku DIY kan sahaja organizer aku, contohnya beli di Daiso organizer RM5, gunakan jar kaca terpakai untuk brushes, kotak untuk susun atur pallet dan mangkuk unutk letak pin tudung atau brooch yang bakal lenyap selepas 2 hari, heheh. Hijabista problem kan..heheh.
  • LABEL kan almari biar Nampak lebih tersusun. Ruangan baju lengan panjang, lengan pendek, seluar dan lain lain. So that tak perlu assemble semua untuk cari baju yang korang nak, at least kurang masa mengemas semula. Tambahlah sedikit quotes atau apa sahaja pada organizer atau wardrobe tu, macam ruangan shawl atau hijab, letakkan sabda menutup aurat. Niat menutup aurat kita kekal je. Hehehhe
Semua tips atau cadangan aku dah buat ni adalah cara jimat sebab takkan asyik nak beli baru je kan, so that, kita DIY, jimat dan kalau boleh cari kedai murah yang ada jual barang konon mahal. Tapi kalau adik akak ada duit lebih, boleh ke IKEA sebab sana pon banyak dokorasi dan barang yang cantik  juga. Semoga idea ni membantu korang guna pakai nak susn atur bilik korang.
Selamat mengemas dihujung minggu. Hehhe. Bye



Thursday 1 February 2018

HOT POT KING, pasti kenyang 2 hari !!

Assalamualaikum silent reader semua, eh korang jangan lupe tinggal link blog, fb atau ig korang kat chat box tu ye. 
Kali ni aku sharekan kat korang lokasi #looicarimakan yang memang recommend sangat terutama pada pencipta seafood. Memang lokasi ni dah viral lama tapi aku nak kongsikan lagi review aku sendiri. Actually aku dah 3 kali ke sini dan akan repeat lagi nanti.
HOT POT KING !!!
Lokasi: B-G-1, PUSAT KOMERSIAL JALAN KUCHING, JALAN KEPAYANG OFF JALAN KUCHING, KUALA LUMPUR
Actually banyak branch/outlet kedai ni tapi yang paling dekat dengan area KL ialah kat Jalan Kuching ni. Masa buka dari 1.00 petang smpai la 11.30 malam, makan lah korang sampai kembung.
Apa yang best?
Konsep HOT POT KING ni macam buffet sikit. Tapi yang dihidangkan ialah seafood yang masih mentah dengan pelbagai perasa atau perapan contohnya macam ayam lada hitam, ayam kunyit, kambing, sotong, segala jenis lala dan kepah, macam macam lah. Ada juga yang frozen tu macam ketam dan fishball dan pelbagai mee. So korang nak grill atau nak celup dalam steambot tu terpulang pada tekak korang sendiri.
Tambahan, ada juga 3 ke 4 jenis air,paling best kalau untuk yang bawa kanak-kanak, ada ice cream, dan juga ada buah-buahan. Lengkap semuanya.
Steamboat yang mereka sediakan pon best, ada 2 perasa, sup biasa atau tomyam, kami selalu ambil tomyam at least ada pedas kan. Nah aku share kan konsep steamboat & grill. In short, THE BEST lah!!
Tapi korang kena pastikan perut korang kosong ye. Hehehe. Aku juga nak share kan tips untuk yang nak makan buffet ni, bayar mahal mahal tapi makan sikit je, rugi kan, so here some tips :
  • Kalau boleh, pergi selepas jam 2 petang, macam kami selalu gerak jam 3 petang & stay sana smpai 5 lebih.
  • Pastikan sarapan jangan terlalu berat, dan ambil sarapan sebelum 10.00pagi
  • Makan baca bismillah dan kunyah perlahan lah
  • Jangan gopoh sangat bila Nampak macam-macam makanan sebab MAKANAN TU TAK LARI dik non
  • Paling penting, ambil makan sedikit dulu, sebab nanti boleh tambah lagi kan. So take it easy, jangan gopoh.
 Serious talk, kalau ikut tips ni, insyaAllah boleh bertahan lama kat situ. Macam aku dan suami, kami stay kat situ more than 1 hour, yang baru dating dah balik pon kami still di sana. Setiap 100gm makanan yang diambil tapi tak makan akan dikenakan charge RM10 ye. So, bajet dan jimatlah.
Harga? Hanya kalau hari biasa dalam RM29 but aku tak pasti sebab ghairah tuju ke makanan je. Hehe tapi macam aku pergi baru-baru ni adalah cuti hari Wilayah so jatuh harga RM31 camtu harga round dalam RM32/head. So oklah kan, Hanya less than RM 50/head, ada air, aiskrim semua lah. Hehehe.
OKlah selamat menjamu selera,nak aku kongsikan FB HOT POT KING.

Jumpa lagi lain entry, Bye