Thursday 18 January 2018

Jom ubah suai workstation !!

Assalamualaikum. Again jumpa dalam entry kali ini. Banyak yang aku nak kongsikan tapi masa yang terhad ni susah untuk aku curi masa sebenarnya. Tapi aku dah Berjaya curi masa untuk men-decorasi meja kerja aku atau work station aku. Entry kali ni aku kongsikan apa cara atau cadangan atau idea ubah suai atau organizing your work station.
Hari hari mengadap benda sama buat aku jadi bosan. Aura positif pon makin lama makin kureng, so I decided to do some make over pada work station aku. Aku sangat recommend korang ubah suai atau decorasi meja korang sama da pada yang tengah study meja belajar atau si workaholic tu meja kerja korang. Sebab pemandangan yang sama buat korang punya otak tu terperap dan positivity tu tak increase. Korang tak rasa bosan ke bila dah stay more than 2 years kat tempat yang sama dengan susun atur sama tu? Jomlah kite ber-dekorasi, menyususn atur dan ubah suai susun atur barang dan hiasan work station kita tu. Nampak dull je la, jom kita…
PASU MINI !!
Ye, pasu mini yang ade tumbuhan hidup boleh bagi korang aura positive dan bagi oksigen kat korang. Macam yang pernah aku tengok orang berbangsa cina yang amalkan tai chi tu, ada yang mengelilingi tumbuhan hidup untuk mendapatkan aura aura tumbuhan tu. Aku pon tak pasti kenapa atau dari mana atau macamana tapi memang betul, Papa pernah bagi tau semua yang hidup ni ada aura macam badan kita ada warna pelangi iaitu dikenali aura. So mini plants tu boleh letak di sudut meja dan ia membantu menghias meja korang juga. Aku belum minta kebenaran bos lagi nak pinjam pasu kecil die, hehehe. Eh, kalau meja korang besar, boleh letak mini akuarium lah, letak ikan laga atau ikan warna warni, kerenah ikan ikan tu berenangboleh buat kita tersenyum. Heheh
QUOTES & DOA
Macam aku, aku suka sangat art dan aku gunakan kelebihan tu untuk hias tempat aku. So aku google some quotes and firman Allah yang berkaitan, dan aku cuba fahami maksud tersurat tersirat, then aku akan tulis pada color paper dan letak di keliling workstation aku yang mudah dilihat. Bila rasa macam MALAS atau DOWN sebab sales field ni sgt lintang pukang, so aku akan take a breath in out dan pandang pada motivational quotes tu, Sama juga macam doa amalan tu atau penerang hati, korang stick kat mana korang Nampak dan bila free boleh amalkan, dapat pahal juga kan.
LABEL
phone number atau extension number pon korang kena ingat ye. 
Ini amalan yang memang aku amalkan since aku study, kawan seangkatan mungkin tahu, labelling dan filing memang aku punye makanan. Aku benci tengok barang aku tak organize lagi lagi kalau bersepah. Memang aku akan pastikan kerja aku ada label either DONE or STILL PROGRESS ke apa saja lah. Macam laci atau barang kita pon kita boleh labelkan biar senang nanti, tak adalah kalau cari dokumen tu sejam, padahal benda tu hanya sehelai kertas draft kan. So this is really good practice for those yang careless macam aku. Guna kertas warna warni utk label, atleast it help to decorate your workplace juga.
PHOTO
hye suami, rindu lah
Haaa, biasalah letakkan gambar family atau tersayang diatas meja tapi korang boleh pelbagaikan misal kata letakkan dalam jar, atau tampal pada printer, tampal pada board korang atau korang boleh buat DIY photo spaces. Guna barang barang murah yang mana ada je. Kekadang bila kita down, gambar gambar tu boleh buat kita senyum. Setiap gambar kana da cerita so letakkan gambar yang happy bukannya gambar ex-boyfriend pastu sendiri frust . Hehehhe

DEKSTOP/MONITOR
korang boleh juga hiaskan dekstop korang dengan wallpaper yang positive kan, then monitor pon boleh dihias dengan sticker atau macam macam arts atau pun kalimah bismillah pon ok juga. korang tak perlu membazir, semua tu boleh DIY je guna used paper.

Paling penting, kene selalu pastikan tempat bersih dan kemas serta sentiasa teratur. Boleh gunakan kotak untuk susun file atau apa sahaja dibawah meja korang tu dan jangan lupa letak tong sampah berdekatan dengan korang ye, jangan simpan sampah dalam laci pulak ye, nanti ular bersarang.
dari Google
Macam macam cara lagi korang boleh fikirkan atau boleh google kan je. Aku kongsikan sebab aku percaya korang pasti bosan dan ini sangat recommended untuk manusia yang nak stay lama di sesebuah organisasi tu. Meja atau workstation tu dah jadi macam hak milik kekal korang so just make it as really your own lah.Korang akan rasa lebih motivated, positive, happy bila masuk kerja pagi ke meja dah kemas, pastu tengok warna cheerful bagi mood korang happy je, dan paling best bos korang akan nampak effort korang utk kerja dan lebih semangat. Kene puji la tu nanti. 
Ok semoga bermanfaat lah ye entry kali ni, bye.

Monday 15 January 2018

DIY - SHELL OUT jimat & murah

Assalamualaikum, entry kali ni aku nak ajak korang menternak lemak atau MAKAN. Sekarang kan tengah panas konsep SHELL OUT yang makan seafood tu. Entry aku yang ni SHELL OUT KAMPUNG BARU ada recommend korang lokasi best untuk bershell out.
Tapi kali ni aku nak share care DIY shell out dengan kawan, family atau sesiapa sahaja. Konsep shell out ni ala ala makan dalam dulang juga. Bagi aku, kalau tak silap kita juga ikut sunnah tau. Plus makan beramai ramai ni dapat eratkan hubungan, amalan merapatkan hubungan ni kan dapat PAHALA. So korang kene cuba makan berdulang tau. Kali ni entry aku nak share resipi / cara buat SHELL OUT yang jimat punye yang aku dah buat semalam dengan suami dan BFF kami
EQUIPTMENT yang korang perlukan,
1.   Plastic lapik, kalau macam aku, kami tak jumpa plastic tu dan kalau beli sekali banyak, nanti simpan membazir, so we decide to use garbage plastic tapi YANG BERSIH & NEW punya ye. Tapi aku nasihatkan pergilah cari plastic karipap tu atau lapik nasi lemak tu ye, kami ni last minit punya plan. Atau kalau korang ada dulang bersaiz besar pon ok jugak, tukar sikit konsep kan. Tak salah, dapat pahala.
2.   Dapur dan ruang. Heheh
3.   Bahan mentah ikut suka nak letak apa.
4.   Nasi jangan lupa ye kawan kawan 
Bahan mentah atau lauk SHELL OUT
1.     Seafood, macam kami, kerang, lala, udang, sotong
2.     Bahan tambahan macam kentang, jagung, sayur broccoli, lobak atau apa sahaja ikut kreativiti uolls la ye.
3.     PERASA, ini sangat penting sebab macam kat luar tu ada beberapa perasa pilihan, jadi kami tak dapat nak follow rasa yang sama cuma kami DIY rasa yang kami nak.
CARA-CARA
So disebabkan kami perlu makan pedas, kami buat perasa PEDAS PEDAS MANIS AUMMM. Heheh.
Tumis je cili boh, masukkan daun kari, sos thai , sos tiram dan perasa secukup rasa. Then da cukup masak, cukup rasa, golekkan semua seafood dan sayur dalam sos DIY tu tadi. Kacau sampai rata then you can serve it. Jom makan
Maaf kalau ada yang terliur, Cuma nak tunjuk skill kami buat DIY SHELL OUT untuk dikongsi so boleh ikut tekak sendiri la ye. Aku rasa aku tak perlu share kot tapi ikut suka akulah, nak kongsi dengan korang cara aku buat apa aku makan kan. So, selamat mencuba dan jangan lupa tag aku kalau korang dah try. IG atau fb aku @honeylooi

Friday 12 January 2018

JALAN JALAN JEPUN hanya dengan RM1 !!!

Assalamualaikum pembaca semua. Eh skemanya…selamat berhujung minggu ye. Sejuk sejuk cuaca ni elok tidur je kan, tak payahla keluar jalan sangat, jalan lincin dan hujan nanti demam.
Tapi ada satu tempat ni aku recommend kat korang. Terbaik weyh, almost all thing you need ada kat sana. Tak kene hujan pon. hehehe
Jom JALAN JALAN JEPUN !!
Serius aku ajak korang ni, setakat RM 1 aku boleh la belanja. Hehhe.
JALAN JALAN JAPAN adalah PRELOVED shopping stores yang menjanjikan harga serendah RM1. Quality ? nama pon preloved, accept la quality not 100% as good as new one lah. Tapi kalau korang boleh bertapak lama dan pandai memilih, pasti akan jumpa barang seindah indahnya.
Macam aku sendiri yang memang shopaholic tahap dewa sememangnya suamiku kene cari port lepak. Aku ditinggalkan dalam JJJ yang gedabak ni dan mulakan step dari row pertama. Mudah sebab ada troli bakul Tarik so senang nak grab barang kan.
Again, HARGA SERENDAH RM1 sis !! korang kene terjah JJJ ni dulu baru percayakan. Ada 2 outlet sekarang ni tak silap aku, satu kat ONE SHAMELIN yg aku kisahkan ni, dan satu lagi di ONE CITY. So kawan tersayang aku ni mostly area KL boleh terjah weyh, korang kene ambil satu hari full untuk buat “lawatan tapak’ ni. Aku selalu terjah kat One Shamelin kat Taman Shamelin tu, ni link Fb JJJ JALAN JALAN JAPAN. Sebelum terjah , kalau belum terjah, reviewlah dulu ye, tekan je link tadi tu ok.
Aku sahaja dah banyak melawat tapak. Barang apa ada? Aku nk menghias bilik pon ke JJJ, nak hias work port aku pon ke JJJ nak cari barang organizer dapur dan almari pon ke JJJ, kawan aku nak dapat baby cari stroller, tilam bagi kat JJJ. Cuma lepas beli kena pastikan BERSIH dan kene cuci lebih sikit la sis, nama PRELOVED kan memang agak begitu kan.
Believe ayat aku ni ye. KATIL BABY, BAJU SCUBA, KASUT, ALMARI, BAJU SEJUK TAHAP DEWA, ALATAN SEMBAHYANG CINA, HIASA PASU, ALAT  TULIS, BEG BAGASI, PERMAINAN ANIME !! Yes, sesiapa yang minat kumpul mainan ANIME boleh kesini sebab almost all anime from Japan ada.
tahu tak sekarang, obviously my husband love shopping lagi lagi kat JJJ ni. Free je JOM JJJ katanya. Bawa RM100, barang die kiri kanan penuh tangan si oii.
Dah banyak kali aku redah JJJ ni sebenarnya, then husband kata apakata share kat blog awak tu, apa lagi, good idea and this is it.
Apa dapatan aku kat JJJ selama ni?
·         Blouse sehelai RM5 and I grab 2 blouse, skirt ala ala palazzo corak Thailand & tag from Thailand cost me only RM10 !! it seem like RM30 weyhhh, padahal sepolohhhinggit jeee. Cawan atau mug untuk my officemates hanya RM2 sebijik. Frame gambar untuk hias bilik pengantin baru hanya RM3 tapi design vintage dan Nampak macam rm50 engkoranggg! The best ialah aku dapat pouch yang berbulu carpet hanya dengan RM1 !! Kalah kedai RM5 atau RM2 tu. Banyak lagi lah kami bawak balik sebenarnya.
kalau pandai pilih, dapat yang rare tu, suami aku dapatlah spider man Marvel punya mug, so hanya RM2 kan, grab je
ni lah pouch aku cakap tu, really fit my bag and macam macam boleh sumbat 
In short, MACAM MACAM HADOOOOOO !!  Haishh, memang korang kene terjah. Selamat melancong ke JAPAN ye korang !! heheh.


Monday 1 January 2018

duit hilang di GENTING PREMIUM OUTLET

Hye, lagi sekali aku jumpa korang. TQ sebab sudi blogwalking kat blog simple aku ni. Kali ni aku nak recommend korang naik Genting pula. Heee.. apa yang hilang? actually I'VE LOST MY MONEY AT GPO for buying jeans !! hehehe
Ramai yang anggap naik atas tu kena ada bajet besar, termasuk aku, aku ingat kene ada bajet lebih baru sampai atas tu, but no….. kalau aku kata bawa RM200 pun cukup korang kena percaya...
30 December haritu company aku ade buat sambutan New Year. We plan to go to Genting Coffee Terrace sebab bos aku cakap kat sana makan buffet die kaw2, banyak sedap dan menarik sangat. So we decide to go there. So kami bertolak pagi sebab lunch time adalah dari jam 12.30pm – 2.30pm sahaja. Hanya RM48.00 seorang dewasa, bagi aku cukup berbaloi sebab makan banyak dan memang terbaiklah. Ada makanan western, Chinese cuisine, malay, ice creams, cakes, paling best ada western tu sebab memang sedap and im a western lover!! Nah aku kongsikan website korang boleh review sendiri COFFEE TERRACE

Then memandangkan indoor, outdoor and ice room ditutup sebab ada construction, so kami pun layankan dengan naik CABLE CAR. Kami ambil dari atas sekali iaitu di puncak, turun ke bawah dan kembali keatas dan ia hanya berharga RM8 seorang untuk RETURN pass!! Murah kan?? Kalau awak gayut, inilah masanya nak cabar diri. Nak dibandingkan dengan cable car kat Langkawi, kat Genting ni kira macam 1st stage lah, tak tinggi sangat tapi memang terbaik, rasa angin tu memang rasa sampai bergoyang cable car tu. Hehehe. Boleh review kat website ni GENTING SKYWAY
Kami turun sampai ke GENTING PREMIUM OUTLET. Kat sana ada foodcourt & shopping mall gituw. Bagi aku, shopping mall GPO ini seakan akan macam mini KLCC. Segala high end brand ada macam Coach, Gucci, Tangs, SODA & macam-macam lah. More review from this websites OFFICIAL GPO atau JALAN JALAN GPO atau apa yang best GPO atau GPO the best
Then kami naik semula keatas dan layan indoor arcade games yang sesuai untuk kanak kanak. Memang sejam lebih jugalah kat dalam arcade, aku pon layankan games. Hehehhe. Sebelum balik, aku dan suami singgah si MINI CAMERON. Apa yang best ialah PURE STRAWBERRY ICECREAM dalam bentuk ais krim Malaysia tu. Sedap pekat rasa dia kaw kaw strawberry. RM2 sebatang tapi berbaloi sedap dia. Kat situ juga ada jual fresh vegetables & fruits tau. Kalau sesiapa nak singgah Bee Farm, boleh je sebab terletak sebelah dengan Mini Cameron tadi tapi aku tak sempat lah sebab cuaca tak mengizinkan, hujan lebat masa tu.
So total loss A DAY AT GENTING HIGHLAND untuk seorang dewasa adalah hanya LESS THAN RM100 SAHAJA untuk minyak, tol, makan di Coffee Terrace & Cable Car  (tak termasuk shopping, games & hotel untuk bermalam)

Kalau nak bawa isteri cuti manja sehari atau anak korang, boleh lah naik GENTING HIGHLAND. Hope korang enjoy !! Jumpa lagi dilain post ye. Bye..

AZAM 2018 kitar semula??

Hye, Assalamualaikum kepada yang sedang membaca ni, terima kasih sebab sudi habiskan masa korang layan blog aku ni.
Nak masuk TAHUN BARU 2018 ni, eh dah masuk pun lah. Perkara wajib perlu ada dalam sambutan ialah AZAM BARU. Siapa yang masih belum laksanakan azam tahun baru 2015? Hahahah, aku adalah salah sorang yang azamnya selalu tergendala. Sejak aku mula ada azam, sejak itulah semua list itu tergendala, hehehe. Tapi Alhamdulillah AZAM HIDUP aku tercapai iaitu keluarga bahagia dan mendirikan rumah tangga. Bagi yang baru mencapai fasa baru dalam hidup macam masuk belajar atau berkahwin, mesti azam baru ada yang baru kan. Maksud aku azam yang baru untuk status korang tu.
Aku nak sharekan AZAM BARU 2018 aku yang aku kitar semula dari yg belum tercapai hingga azam baru selepas berkahwin.
Profession/Kerja
Nak capai target sales lebih tinggi kalau boleh nak hit dari bos besar. Kalau boleh nak always keep calm masa kerja, taknak negative je sebab aku nak kekal lama dalam company. Actually, satu je tips dari aku pada korang yang ada masalah di workplace, ALWAYS THINK OF THE BEST MOMENT OR ADVANTAGES AT THE CURRENT WORKPLACE. Kalau fikirkan pasal staff lain, mulut orang, workload, memang lah semua orang nak lari oi, tapi cub akalau fikirkan kebaikan dan peluang tempat kerja tu provide sekarang, dan itulah menjadi sebab korang kene stay. Ingat senang ke nak start balik mula masuk kerja baru, kene start dari mula semual, so BE THANKFUL OF WHAT YOU HAVE NOW, JUSH PUSH ON WHAT YOU DO AND BE GREAT WITH PEOPLE. Simple je tips tu tapi sangatlah berguna.

Emosi
Aku nak try kawal emosi aku. Since aku dah menjadi isteri, aku kene lebih bijak aturkan perasaan aku. Aku memang agak susah handle emosi lagi bila marah, maam macam dalam kepala sampai masa nk prepare kahwin tu aku kene MIGRAIN padahal seumur hidupku takpernah ada migraine. Haishh, Honey oi. Aku akan make sure aku tenang dalam semua hal. Hopefully…Actually, aku banyak baca online and tips dari family, dah jadi isteri kene pandai kawal emosi sebab emosi tu KUNCI wanita tau, sebab emosi hormone terganggu, sebab emosi kita punya nafsu makan terganggu, emosi buat kita stress dan effect kesihatan tubuh kita. So I really hope that me myself can cope with all those any facing issue after this sebab life is really adventurous nowadays.

Kesihatan
Since aku ada masalah badan yang aku sendiri tak boleh kawal, aku akan try to manage my food consumption. Aku dan suami dah start consume fish oil. Omega 3 baik untuk badan, so kami berazam nak sihat luar dalam. Facts, makanan pon aku dan suami dah try to sonsume healthy food, less oily more to vege and fruits. Satu lagi aku sendiri consume SECRET SNOW WHITE dan aku dah masuk bulan ke 3, Alhamdulillah kesan memang ada, dan aku sangat berpuas hati. Aku pon agak pemalas nak bancuh bagai, so secret snow white ini HANYA KEMAM JE. Nak lagi best, letak bawah lidah. Nanti aku kongsikan kelebihan supplement aku ambil ni ye.

Ini mungkin azam yang agak general bagi semua kan tapi inilah yang kita semua nak ubah setiap kali masuk tahun baru atau masuk umur baru. Opss, sebut umur, kita dah pun naik satu tangga umur, so semoga kita semua jadi lebih matang dan positive. Hadapi 2018 yang bahang cabaran dah terasa ni dengan penuh semangat dan tabah ye. Peace 2018!