Friday 9 March 2018

KEDAI NI MEMANG BUAT AKU PANAS !!!!


Asslamualaikum readers yang budiman. Korang ada try slot date delivery surprise Hikari Bloom pada entry lepas aku? Huisshh rugi kalau korang tak try service dorang tu. TERBAIK. Nah, singgah entry ni ye HIKARI BLOOM
Seminggu dua ni aku agak sibuk sebab office ada intake baru dan banyak dokumen aku kene prepare utk client tersayang  tu. lepas seminggu menyelam baru boleh update entry. 
Dahla aku memang emo, dengan workload aku bertimbun dan bertambah, ade pula kes aku kat kedai tak puas hati. ni yang nak story ni. Bengang je aku sebab ade sebuah kedai ni konon top sangat tapi haissshh, panas ni, ingat balik memang nak serang owner tu masa tu, Akak kelateyyy, haishh hakak oi,,nasibla comeyyyy. 
Ops, sorry la, saje je emo. Mana taknya, terbaik service dorang ni weyh. Nah story aku.
Almaklumlah kerja aku ni memang bagi recommend port utk korang lepak haphap penuhkan perut tu. Hehehe. Aku dengan cinta hati suamiku sayang memang suka try test cuba new port.
Lokasi kali ni dekat Bandar Sri Permaisuri. Actually kami nak cari port lain, terjumpa pula port lain.
Lokasi sebenar di Medan Selera DBKL, B5, Bandar Sri Permaisuri & nama kedai memang unik lah, BERRUMBU KITCHEN SHELL OUT. Korang waze je, dah jumpa.
Senang dicari dan bersebelahan dengan The Soru Station yg top dengan makanan western tu.
Besar besar hakak tu gantung banner, pastikan korang sampai dan try sendiri.
Harga? Nah tengok ni. Bukannya mahal sangat, harga mampu milik ye chuoollss. Gravy pula korang boleh pilih, tak silap ada dalam 3 ke 4 pilihan.
Masa aku makan pertama kali tu aku order the basic one yang set untuk 2 orang tapi set tak termasuk air ye.
Lokasi ni memang terbaik sebab macam one stop center juga, macam kedai dengan pelbagai pilihan makanan ada situ. Untuk ibu ayah yang ada anak kecil, depan kedai ni ada mini playground, so anak anak boleh layan je. Suasana memang meriah lagi lagi kalau malam.
Parking kerete? Memang tersedia tapi aku rasa tak cukup lagi, kene dating awal kalau nk park dalam kotak ye. Hehehe. Normal Malaysia ni kereta terlalu banyak kan. Memang senang la cari kedai ni, sebab aku sendiri pon memang tak pandang lain, melulu je masuk duduk dan order. Actually aku dan suami memang lapar tahap gaban mase tu, so kami baru letak punggung terus mamat hensem ambil order dan eh dah sampai. Aku lupa masa tu ambil gravy apa tapi memang sedapla. 
ni akak cantik yang aku cakap awal entry tu. hehe TQ kak sebab pose lawa untuk blog xseberapa saya.
Bagi aku, memang RECOMMENDED lah ini port. Ni serius cakapla kan, kalau rasa nak merapatkan hubungan family tu =, cari port makan macam ni, macam aku kata dapat pahala kan rapatkan hubungan. NI salah satu tempat lepak family terbaik area KL ni. 
Ni link FB kedai ni. jom try. tak rugi. kenyang blurp blurp blurp…
Jumpa lagi entry makan lain ye, chow cin cau.


5 comments:

  1. yes mmg terbaek, sy dh bberapa kli mkn disini, yg terbaru seminggu lps celebrate birthday ank n family's gathering. wallah! risau jg kan takut harga tinggi sbb 20org tapiiii surprisee ttl x sampai rm400 pun, n sy advise klu ramai better booking dlu n minta advise kt tokey nk oder apa.. sbb tokey akn budget utk kita!! bole gitu.
    panjang sgt komen .. hampa pi la cuba na tak rugi����������

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,,saya ni pon 1st time makan,tapi mmg kompom nk repeat,,tq blogwalking

      Delete
  2. tq....thanks sudi bershell out

    ReplyDelete
  3. tq....thanks sudi bershell out

    ReplyDelete