Thursday 18 January 2018

Jom ubah suai workstation !!

Assalamualaikum. Again jumpa dalam entry kali ini. Banyak yang aku nak kongsikan tapi masa yang terhad ni susah untuk aku curi masa sebenarnya. Tapi aku dah Berjaya curi masa untuk men-decorasi meja kerja aku atau work station aku. Entry kali ni aku kongsikan apa cara atau cadangan atau idea ubah suai atau organizing your work station.
Hari hari mengadap benda sama buat aku jadi bosan. Aura positif pon makin lama makin kureng, so I decided to do some make over pada work station aku. Aku sangat recommend korang ubah suai atau decorasi meja korang sama da pada yang tengah study meja belajar atau si workaholic tu meja kerja korang. Sebab pemandangan yang sama buat korang punya otak tu terperap dan positivity tu tak increase. Korang tak rasa bosan ke bila dah stay more than 2 years kat tempat yang sama dengan susun atur sama tu? Jomlah kite ber-dekorasi, menyususn atur dan ubah suai susun atur barang dan hiasan work station kita tu. Nampak dull je la, jom kita…
PASU MINI !!
Ye, pasu mini yang ade tumbuhan hidup boleh bagi korang aura positive dan bagi oksigen kat korang. Macam yang pernah aku tengok orang berbangsa cina yang amalkan tai chi tu, ada yang mengelilingi tumbuhan hidup untuk mendapatkan aura aura tumbuhan tu. Aku pon tak pasti kenapa atau dari mana atau macamana tapi memang betul, Papa pernah bagi tau semua yang hidup ni ada aura macam badan kita ada warna pelangi iaitu dikenali aura. So mini plants tu boleh letak di sudut meja dan ia membantu menghias meja korang juga. Aku belum minta kebenaran bos lagi nak pinjam pasu kecil die, hehehe. Eh, kalau meja korang besar, boleh letak mini akuarium lah, letak ikan laga atau ikan warna warni, kerenah ikan ikan tu berenangboleh buat kita tersenyum. Heheh
QUOTES & DOA
Macam aku, aku suka sangat art dan aku gunakan kelebihan tu untuk hias tempat aku. So aku google some quotes and firman Allah yang berkaitan, dan aku cuba fahami maksud tersurat tersirat, then aku akan tulis pada color paper dan letak di keliling workstation aku yang mudah dilihat. Bila rasa macam MALAS atau DOWN sebab sales field ni sgt lintang pukang, so aku akan take a breath in out dan pandang pada motivational quotes tu, Sama juga macam doa amalan tu atau penerang hati, korang stick kat mana korang Nampak dan bila free boleh amalkan, dapat pahal juga kan.
LABEL
phone number atau extension number pon korang kena ingat ye. 
Ini amalan yang memang aku amalkan since aku study, kawan seangkatan mungkin tahu, labelling dan filing memang aku punye makanan. Aku benci tengok barang aku tak organize lagi lagi kalau bersepah. Memang aku akan pastikan kerja aku ada label either DONE or STILL PROGRESS ke apa saja lah. Macam laci atau barang kita pon kita boleh labelkan biar senang nanti, tak adalah kalau cari dokumen tu sejam, padahal benda tu hanya sehelai kertas draft kan. So this is really good practice for those yang careless macam aku. Guna kertas warna warni utk label, atleast it help to decorate your workplace juga.
PHOTO
hye suami, rindu lah
Haaa, biasalah letakkan gambar family atau tersayang diatas meja tapi korang boleh pelbagaikan misal kata letakkan dalam jar, atau tampal pada printer, tampal pada board korang atau korang boleh buat DIY photo spaces. Guna barang barang murah yang mana ada je. Kekadang bila kita down, gambar gambar tu boleh buat kita senyum. Setiap gambar kana da cerita so letakkan gambar yang happy bukannya gambar ex-boyfriend pastu sendiri frust . Hehehhe

DEKSTOP/MONITOR
korang boleh juga hiaskan dekstop korang dengan wallpaper yang positive kan, then monitor pon boleh dihias dengan sticker atau macam macam arts atau pun kalimah bismillah pon ok juga. korang tak perlu membazir, semua tu boleh DIY je guna used paper.

Paling penting, kene selalu pastikan tempat bersih dan kemas serta sentiasa teratur. Boleh gunakan kotak untuk susun file atau apa sahaja dibawah meja korang tu dan jangan lupa letak tong sampah berdekatan dengan korang ye, jangan simpan sampah dalam laci pulak ye, nanti ular bersarang.
dari Google
Macam macam cara lagi korang boleh fikirkan atau boleh google kan je. Aku kongsikan sebab aku percaya korang pasti bosan dan ini sangat recommended untuk manusia yang nak stay lama di sesebuah organisasi tu. Meja atau workstation tu dah jadi macam hak milik kekal korang so just make it as really your own lah.Korang akan rasa lebih motivated, positive, happy bila masuk kerja pagi ke meja dah kemas, pastu tengok warna cheerful bagi mood korang happy je, dan paling best bos korang akan nampak effort korang utk kerja dan lebih semangat. Kene puji la tu nanti. 
Ok semoga bermanfaat lah ye entry kali ni, bye.

2 comments: