Tuesday 24 April 2018

KALAU AKU PEMIMPIN, SEMUA WANITA KENE FALL IN LOVE DGN PINK COLOUR !!


Assalamualaikum silent reader semua, normal kalau Tanya khabar kan, harap sihat belaka. So sekarang korang dah buat keputusan ke nak PANGKAH SIAPA? Eh UNDI ITU RAHSIA. Tak kesah pon siapa korang pangkah undi, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk kerajaan bukan sahaja dalaman tapi kita sendiri iaitu rakyat yang menerima faedah. 
Bukan semata faedah keuntungan tapi dari keselesaan hidup dan bantuan untuk kelangsungan hidup kita. Eh dengar dengar, berhelai helai muka surat manifesto bakal pemimpin kita. Ingat, jangan termakan dek janji, janji manusia ni ada kala tercapati. Kalau kita janji pon, ada yang tak tercapai kan…. Deal with it. Siapa sahaja sebar janji atau manifesto atau kata manis, kita ni jangan cepat sgt percaya, macam budak baru bercinta tu, semua percaya, akhirnya pakwa kau kemana, cinta kemana, maruah mana, end up kecewaaahhhhhhh sis..
Eh aku bukan nak berpolitik bagai, jangan kecam sis. 
So tarikh mengundi buat masa ni yang dah keluar xsilap aku 9/5/2018 jatuh pada hari bekerja iaitu xsilap juga hari Rabu. kita diberi cuti undi mengundi !! undi la ye.. balik la ke tempat kelahiran atau kawasan mengundi anda untuk buang undi.
apa pun undi korang, aku tak nak tau, tapi apa je keputusan diakhirnya nanti, jangan kita saling bermusuh, kita umat manusia yang sama darjat pangkatnya. Eratkan silaturrahim sebab dapat pahala tu. Pokok pangkal, sebab duit, sebab kemewahan semua boleh jadi. Apa aku merepek. ok bye
Ingat, menjadi pemimpin adalah antara tanggungjawab paling berat kena galas. cuba tanya Ayah Bapak Papa korang, baru jaga 5 anak dah pening kepala, macamana nak jaga satu negara atau negeri yang lagi banyak kerenah dan permintaannya. Fikir dan buat keputusan dgn berhati hati. Ceyhh, macam lintas jalan, berhati hati kan.
cukup sampai sini kisah undi aku ni. catitan aku semua adalah pendapat aku. Harap tak ada pengisian yang makan dalam atau pedas cili sepedas ramen. Aku update post ni pon untuk hilangkan gatal tangan selepas lama berehat memandang kondisi kesihatan yg agak kurang memuaskan.
jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment