Monday 15 January 2018

DIY - SHELL OUT jimat & murah

Assalamualaikum, entry kali ni aku nak ajak korang menternak lemak atau MAKAN. Sekarang kan tengah panas konsep SHELL OUT yang makan seafood tu. Entry aku yang ni SHELL OUT KAMPUNG BARU ada recommend korang lokasi best untuk bershell out.
Tapi kali ni aku nak share care DIY shell out dengan kawan, family atau sesiapa sahaja. Konsep shell out ni ala ala makan dalam dulang juga. Bagi aku, kalau tak silap kita juga ikut sunnah tau. Plus makan beramai ramai ni dapat eratkan hubungan, amalan merapatkan hubungan ni kan dapat PAHALA. So korang kene cuba makan berdulang tau. Kali ni entry aku nak share resipi / cara buat SHELL OUT yang jimat punye yang aku dah buat semalam dengan suami dan BFF kami
EQUIPTMENT yang korang perlukan,
1.   Plastic lapik, kalau macam aku, kami tak jumpa plastic tu dan kalau beli sekali banyak, nanti simpan membazir, so we decide to use garbage plastic tapi YANG BERSIH & NEW punya ye. Tapi aku nasihatkan pergilah cari plastic karipap tu atau lapik nasi lemak tu ye, kami ni last minit punya plan. Atau kalau korang ada dulang bersaiz besar pon ok jugak, tukar sikit konsep kan. Tak salah, dapat pahala.
2.   Dapur dan ruang. Heheh
3.   Bahan mentah ikut suka nak letak apa.
4.   Nasi jangan lupa ye kawan kawan 
Bahan mentah atau lauk SHELL OUT
1.     Seafood, macam kami, kerang, lala, udang, sotong
2.     Bahan tambahan macam kentang, jagung, sayur broccoli, lobak atau apa sahaja ikut kreativiti uolls la ye.
3.     PERASA, ini sangat penting sebab macam kat luar tu ada beberapa perasa pilihan, jadi kami tak dapat nak follow rasa yang sama cuma kami DIY rasa yang kami nak.
CARA-CARA
So disebabkan kami perlu makan pedas, kami buat perasa PEDAS PEDAS MANIS AUMMM. Heheh.
Tumis je cili boh, masukkan daun kari, sos thai , sos tiram dan perasa secukup rasa. Then da cukup masak, cukup rasa, golekkan semua seafood dan sayur dalam sos DIY tu tadi. Kacau sampai rata then you can serve it. Jom makan
Maaf kalau ada yang terliur, Cuma nak tunjuk skill kami buat DIY SHELL OUT untuk dikongsi so boleh ikut tekak sendiri la ye. Aku rasa aku tak perlu share kot tapi ikut suka akulah, nak kongsi dengan korang cara aku buat apa aku makan kan. So, selamat mencuba dan jangan lupa tag aku kalau korang dah try. IG atau fb aku @honeylooi

No comments:

Post a Comment