Friday, 15 December 2017

Aku kembali !!

Hye Assalamualaikum !
Akhirnya publish juga blog simple aku ni. Memandangkan aku punya masa yang sangat terhad, ini sahaja buat masa ni yang aku boleh update. Dah banyak kali sebenarnya aku teringin nak re-publish blogspot aku yang dulu tapi disebabkan aku dah DELETE semua memori dalam tu, termasuk semua penulisan aku, aku terpaksa build up new blogspot untuk aku meluahkan lagi penulisan dan perkongsian.
Kali ini, sememangnya perkongsian aku sangat berbeza, sebab aku dah bertukar status menjadi SEORANG ISTERI MITHALI. Ceyhhh. Aku akan kongsikan pengalaman aku dalam urusan pernikahan dan majlis aku nanti di post seterusnya ya.

Kenapa dulu aku DELETE blog aku yang telah pon lebih dari 1k follower? Kenapa?
Actually, blog itu dah 5 tahun dibina dan ada hampir dalam 1k follower and kat situ juga aku berkenalan dengan blogger hebat. Sebab apa aku delete? kenangan dalam post aku semuanya adalah memori yang patut dibuang dan dilupuskan memandang insan yang aku cinta masa tu dah kembali ke rahmatullah. Alfatihah kepada beliau..
Dan antara sebab lain adalah, aku rasa blog aku masa tu mengarut dan nonsense. Biasalah budak baru nak up, entah apa kemencarutan aku masa tu. Aku tak sempat and tak fikir pon idea nak tulis, just masa tu, bila buka blog terus post apa saja yang aku rasa atau aku alami waktu tu. Pendek kata, macam takde objektif.

Lagipun masa tu aku baru dapat sambung belajar dan tak ada masa update, jadi dari bersawang, aku hapuskan terus semua dalam tu.
Iye aku tau, susah nak gain follower baru tapi aku terima, dan aku menulis bukan untuk capai follower ramai tapi hanya sekadar perkongsian dan sedikit info yang mana aku boleh kongsikan.

Setelah aku men-DELETE blog aku yang kononnya aku blogger tersohor masa tu, ada cubaan wujudkan blog dan pelbagai medium penulisan macam Wix dan wordpress tapi KEHEBATAN blogspot ni memang aku tak nafikan. Aku memang dah terbiasa dengan blogspot dan kalau guna medium lain rasa memang ade kureng. Lebih dari 5 kali percubaan aku wujudkan blog, and dah pun guna pelbagai email untuk create new blogspot tapi semua tu gagal sebab kekangan masa dan idea. Almaklum, 2 ke 3 tahun kebelakang ni sangat berat perit and susah untuk aku. But know, aku ok sikit sebab dah ade MY LOVELY HUSBAND yang banyak bimbing and nasihat aku. =P

Harap permulaan aku kali ini menjadilah, jangan hangat tahi ayam je kan. InsyaAllah seminggu 2 ke 3 post aku akan kongsikan.

Banyak perkara yang aku nak kongsikan untuk maybe as nasihat atau pedoman korang yang rajin singgah ni.
Jumpa post akan datang !

No comments:

Post a Comment