Assalamualaikum
Penatnya badan, baru jalan dalam Malaysia je dik non. Sabtu yang lepas aku
& family terbang ke Melaka negeri bersejarah. Kami kesana 2 hari 1 malam
dan aktiviti yang padat buat kami sangat teruja.
Bajet? Memang terbaik, berpatututan semuanya. Ok, aku akan review kan
lokasi dan aktiviti yang kami lakukan kat sana.
HARI 1
Kami bertolak lepas Zohor sabtu lepas, dan perjalanan lebih kurang 3 jam
sampai je kami teru smelutu ke IKAN BAKAR PARAMESWARA di Umbai. Ikan bakar
bahagian depan atau siapa yang pernah pergi, akan perasan, tempat tu dah
renovate dan tempat kebiasaan kami makan danh tak menarik. Sebab tu kami terus
ke belakang dan lokasi berdekatan muara dan ada pemandangan yang menarik.
Ppilihan terbaik IKAN BAKAR PARAMESWARA. Lokasi strategic, semua kemudahan
macam tandas, surau tersedia dan paling best meja makan yang sangat banyak
boleh memuatkan lebih dari 100 pelanggan dalam satu masa.
Ikan yang segar buat kami layan sampai tanpa sedar perut senak. Hehehe.
Antara menu pilihan, UDANG BUTTER, PARI BAKAR SAMBAL, TALAPIA BAKAR, KERANG
BAKAR & MASAK SAMBAL, SOTONG TEPUNG & kuah tomyam.
Kepada awak yang kaki selfie boleh berselfie sebab pemandangan cantik
sangat !!
Next kami teruskan perjalanan ke Ayer Keroh sebab aku dah booked hotel
D’VILLAGE RESORT. Terbaik !!!
Aku dapat murah sebab booked kat Agoda tapi memang dah murah harga bilik semua. Ada pilihan CHALLET
atau MOTEL. MEmang selalu penuh, kena booking seminggu awal ye awak awak
sekalian. Hotel yang kami dapat ada pakej sekali dengan SARAPAN. SO, hentam lah
sarapan kaw kaw esoknya.
Malam tu, kami teruskan aktiviti ke NIGHT SAFARI betul betul sebelah hotel
kami. Terbaik sebab dapat tengok show dan ilmu tentang haiwan buas macam
harimau dan buaya. KAlu pergi siang, harimau mostly akan tidur sebab mereka
aktif waktu malam. Bagus kalau bawa anak anak boleh timba ilmu dan tengok live
haiwan haiwan tu.
HARI 2
Sarapan kami adalah dalam pakej hotel sekali. Untuk yang bawa anak anak,
jangan risau, lokasi sarpan berhadapan dengan kolam mandi. Kolam mandi luas
berhadapan dengan bilik chalet. Lepas makan, terjun !!
Selesai bersarapan, kami check out dan meneruskan perjalanan ke Dusun
Durian Heng Melaka, durian terbaik. Memang agak
mahal tapi rasa dan kualiti memang terangkat. Semua jenis durian ada
beb…! Lokasi lebih kurang 20 minit dari Ayer Keroh iaitu di Bemban, tapi jauh mana pun, DURIAN terbaik !!
Kami terus ke Bandar Hilir dan perjalanan ambil masa lebih dari 2 jam !!
mungkin sebab cuti sekolah dan hari Ahad so ramai berpusu ke sana. Apa tarikan kat Bandar Hilir?
Sungai Melaka ada cruise, ala ala obersea gituww.
Harga sekepala adalah RM17 tak silap aku. Ada muzium kapal. Sekali masuk hanya
Rm5 dan boleh masuk muzium Kapal fasa 1 (kapal besar), fasa 2 dan Muzium
Tentera.
Then ada Menara Taming Sari yang baru tu. Best dan harga hanya RM17
seingat aku. Tak lah mahal sangat. Nice experience and you should try tau. Kami
dah cukup penat sampai tak larat nak melawat Kota A FAmosa dan gereja tu. Tapi
yang best lagi, beca kat sana ! kenapa? Sebab dengan teknologi sekarang, macam2
musik boleh dengar dan semuanya dihias cantik macambeca hello kitty, beca boboi
boy semua la.
Ni aku bagi link laman web tempat akau lawati yang aku rasa memang terbaik
!! Melaka the best weyyy!!
DURIAN HENG
oklah, cukup setakat ni perkongsian aku, nanti aku akan post lagi ye. Harap taklah bosan melayan nukilan aku ni ye. Jumpa lagi !!
oklah, cukup setakat ni perkongsian aku, nanti aku akan post lagi ye. Harap taklah bosan melayan nukilan aku ni ye. Jumpa lagi !!
No comments:
Post a Comment