Monday, 1 January 2018

duit hilang di GENTING PREMIUM OUTLET

Hye, lagi sekali aku jumpa korang. TQ sebab sudi blogwalking kat blog simple aku ni. Kali ni aku nak recommend korang naik Genting pula. Heee.. apa yang hilang? actually I'VE LOST MY MONEY AT GPO for buying jeans !! hehehe
Ramai yang anggap naik atas tu kena ada bajet besar, termasuk aku, aku ingat kene ada bajet lebih baru sampai atas tu, but no….. kalau aku kata bawa RM200 pun cukup korang kena percaya...
30 December haritu company aku ade buat sambutan New Year. We plan to go to Genting Coffee Terrace sebab bos aku cakap kat sana makan buffet die kaw2, banyak sedap dan menarik sangat. So we decide to go there. So kami bertolak pagi sebab lunch time adalah dari jam 12.30pm – 2.30pm sahaja. Hanya RM48.00 seorang dewasa, bagi aku cukup berbaloi sebab makan banyak dan memang terbaiklah. Ada makanan western, Chinese cuisine, malay, ice creams, cakes, paling best ada western tu sebab memang sedap and im a western lover!! Nah aku kongsikan website korang boleh review sendiri COFFEE TERRACE

Then memandangkan indoor, outdoor and ice room ditutup sebab ada construction, so kami pun layankan dengan naik CABLE CAR. Kami ambil dari atas sekali iaitu di puncak, turun ke bawah dan kembali keatas dan ia hanya berharga RM8 seorang untuk RETURN pass!! Murah kan?? Kalau awak gayut, inilah masanya nak cabar diri. Nak dibandingkan dengan cable car kat Langkawi, kat Genting ni kira macam 1st stage lah, tak tinggi sangat tapi memang terbaik, rasa angin tu memang rasa sampai bergoyang cable car tu. Hehehe. Boleh review kat website ni GENTING SKYWAY
Kami turun sampai ke GENTING PREMIUM OUTLET. Kat sana ada foodcourt & shopping mall gituw. Bagi aku, shopping mall GPO ini seakan akan macam mini KLCC. Segala high end brand ada macam Coach, Gucci, Tangs, SODA & macam-macam lah. More review from this websites OFFICIAL GPO atau JALAN JALAN GPO atau apa yang best GPO atau GPO the best
Then kami naik semula keatas dan layan indoor arcade games yang sesuai untuk kanak kanak. Memang sejam lebih jugalah kat dalam arcade, aku pon layankan games. Hehehhe. Sebelum balik, aku dan suami singgah si MINI CAMERON. Apa yang best ialah PURE STRAWBERRY ICECREAM dalam bentuk ais krim Malaysia tu. Sedap pekat rasa dia kaw kaw strawberry. RM2 sebatang tapi berbaloi sedap dia. Kat situ juga ada jual fresh vegetables & fruits tau. Kalau sesiapa nak singgah Bee Farm, boleh je sebab terletak sebelah dengan Mini Cameron tadi tapi aku tak sempat lah sebab cuaca tak mengizinkan, hujan lebat masa tu.
So total loss A DAY AT GENTING HIGHLAND untuk seorang dewasa adalah hanya LESS THAN RM100 SAHAJA untuk minyak, tol, makan di Coffee Terrace & Cable Car  (tak termasuk shopping, games & hotel untuk bermalam)

Kalau nak bawa isteri cuti manja sehari atau anak korang, boleh lah naik GENTING HIGHLAND. Hope korang enjoy !! Jumpa lagi dilain post ye. Bye..

No comments:

Post a Comment